Setiap individu mempunyai cara belajarnya tersendiri. Dan menganggap cara belajar tersebut amat berkesan kepadanya. Dalam tajuk ini, anda boleh berkongsi mengenai cara belajar berkesan yang mana diaplikasikan dalam diri anda. Dengan itu, pembaca yang lain boleh mendapat sedikit sebanyak pengetahuan mengenai cara belajar yang berkesan.
Akhir kata, Selamat berkongsi~
Akhir kata, Selamat berkongsi~
"Tekunlah belajar dan mencari ilmu kerana ilmu itu umpuma bulan yang menerangi malam"
Oleh: Cikgu Dayah
22 comments:
-Mendengar nasihat guru
-Beri tumpuan apabila belajar
-Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pelajaran
-Membuat kerja sekolah yang cikgu beri
Bagi saya...
-Study group
-Rakan yang sesuai
-Sambil mendengar lagu
-Mengikut jadual
Belajar dengan radio dan belajar bersama kumpulan
CARA BELAJAR BERKESAN
cara saya belajar dengan berkesan ialah dengan mendengar muzik, menyanyi dan belajar berkumpulan bersama rakan karib.
- Suasana yang tenang dan tidak bosan
- Faham apa cikgu ajar kat kelas
- Ingat semula apa yang diajar
Cara saya belajar dengan berkesan
• Belajar sambil mendengar radio
• Bertanya kepada guru apabila tidak faham
• Belajar dalam kumpulan
• Tumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar
• Banyak buat latihan
Cara saya belajar dengan berkesan
• Belajar dengan kawan (study group).
• Belajar dekat tempat yang bersih.
• Pastikan ada air untuk diminum supaya oksigen dapat masuk.
• Baca doa sebelum belajar.
Cara saya belajar dengan berkesan
• Belajar dengan rakan-rakan.
• Muzik.
• Belajar sambil makan dan minum.
• Belajar bersungguh-sungguh.
• Minta bantuan daripada guru-guru dan rakan-rakan.
cara yang berkesan untuk saya belajar ialah dengan membuat study group dan bertanya dengan rakan-rakan yang lebih arif mengenai subjek yang saya lemah. selain itu, saya akan mendengar lagu ketika otak saya blur untuk berfikir. dengan mendengar lagu, otak saya mungkin akan berasa tenang dan dapat berfungsi seperti biasa.
Cara saya belajar dengan berkesan..
1. belajar secara berkumpulan
2. mengulang belajar semula di asrama yang diajar oleh guru
3. sambil mendengar lagu
Cara belajar yang berkesan.. pada pendapat saya dan apa yang saya amalkan..
1. Banyak mengulangkaji... terutamanya buat latihan banyak-banyak kerana bagi saya latihan boleh membuat saya ingat dan lebih faham tentang sesuatu subjek
2. banyak rehat dan cukup rehat
3. fokus dalam kelas. kalau saya tidak faham, saya akan bertanya kepada cikgu
4. Study group seperti mana orang lain telah kongsikan. kerana study group boleh membantu saya dalam memahami sesuatu.
Bagi saya cara yg berkesan:
-mendengar lagu
-waktu lewat malam
-tiada gangguan
-tiada paksaan untuk belajar
-minum air banyak
-kurangkan makanan berat supaya tidak cepat mengantuk
Hanya mendengar akan pembelajaran dan memahami maksud yang dinyatakan. Memerlukan suasana yang senyap, tenang dan selesa. Disamping itu saya juga memerlukan masa belajar yang banyak.
Cara saya belajar dengan berkesan ialah dengan membuat kerja sambil mendengar muzik. Petua yang diamalkan ialah memberi tumpuan dalam kelas, balik buat rujukan, makan manisan dan study overnight.
CARA SAYA BELAJAR DENGAN BERKESAN
1) Muzik
2) Bersama rakan
3) Ada makanan dan minuman
4) Jangan ada gangguan
PETUA UNTUK MINDA YANG SAYA AMALKAN
1) Makan kismis
2) Banyak minum air
3) Tidur yang cukup
CARA SAYA BELAJAR DENGAN BERKESAN :
1) Muzik
2) Bersama rakan
3) Ada makanan dan minuman
4) Jangan ada gangguan
Tumpuan guru di dalam kelas amat penting.Selain itu juga mengulangkaji kembali apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas
apa yang saya sedang dan sentiasa ingin amalkan ialah menjaga kesihatan emosi, tubuh badan dan pemikiran.saya yakin pembelajaran saya lebih seronok dan dapat belajar dengan lebih tenang.
”success is a journey not a destination...”
-Arthur Ashe-
-setkan minda untuk belajar
-belajar secara berkumpulan sekiranya perlu
-fokuskan kepada pengajaran guru
Cara berkesan yang saya buat adalah mesti makan makanan yang berkhasiat. Sebab melalui makanan yang baik, otak akan menghasilkan pemikiran dan baik dan bersih. Kita juga akan kurang rasa tertekan dan pening kepala.
Banyak cara sebenarnya untuk kita belajar dengan berkesan sebab ianya bergantung pada individu itu sendiri bagaimana dia nak menguruskan jadual pembelajarannya. Kalau saya, apa yang penting kena beri tumpuan semasa belajar dan mesti menjaga kesihatan diri. Oleh itu, kita kurang rasa stres untuk belajar
petua yang selalu saya amalkan ialah dengan mengelakkan makan atau minum makanan yang melemahkan minda, antaranya ialah:
1 buah asam
2)Kepala ikan
3)Organ dalaman haiwan (hati, limpa, paru-paru, perut, jantung )
4)Makanan yang tercemar dengan haiwan
5)Makanan yang tercemar dengan semut
6)Buah gajus ( janggus /ketereh)
semua makanan ini akan saya cuba elakkan, tambah-tambah lagi ketika peperiksaan semakin hampir, sekurang-kurangnya 40 hari sebelum exam, cuba elakkan betul2...
Cara belajar yang berkesan bagi saya ialah :
1. berkumpulan
2. senyap
3. lagu yang menenangkan
4. kuiz atau teka teki
5. dengan mengajar orang lain
Catat Ulasan